Pembaziran Pas, Bangunan Umno Kota Bharu Terbiar

Topik Hangat

Pembaziran Pas, Bangunan Umno Kota Bharu Terbiar

JALAN BAYAM

Pas pernah mendabik dada kononya berjaya menjatuhkan Umno Kota Bharu apabila membeli bangunan parti itu dengan harga RM4.5 juta.

Malangnya apa yang sudah jadi sekarang, bangunan Umno Kota Bharu itu dibiarkan terbiar tanpa penghuni mahupun penyewa.

Tidakkah ini satu pembaziran kepada duit parti. RM4.5 juta dibazirkan begitu saja tanpa sebarang manfaat untuk rakyat.

“Adakah ini konsep kebajikan untuk rakyat yang dilaungkan Pas. Atau ini konsep membangun bersama Islam Pas.

“Ini perbuatan syaitan yang penuh dengan perasaan bongkak dan membazir, inilah wajah keimanan Pas,” kata seorang pengunjung yang lalu di hadapan bangunan Umno Kota bharu yang mula menjadi cacat keindahan bandar ibu negeri.

Pas Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu dengan harga RM4.5 juta pada Oktober tahun lepas.

Bangunan itu dibeli oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid Ibrahim dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Dimaklumkan Dewan Pemuda Pas yang kini berpejabat di Perhubungan Pas Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru itu.

Malangnya sehingga kini tiada perpindahan dibuat.