Pemimpin Pas Gentar Kehadiran Rakyat Di Majlis PM

Topik Hangat

Pemimpin Pas Gentar Kehadiran Rakyat Di Majlis PM

KOTA BHARU

Kerajaan Pas Kelantan mula berasa gentar dengan sokongan rakyat Kelantan seramai 50,000 orang pada majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketakutan itu jelas terpampang di wajah mereka apabila mereka sendiri tidak mampu menggembling kehadiran rakyat pada majlis mereka kerana terlalu banyak kelemahan kerajaan Pas itu.

Malah pemimpin Pas di Kota Bharu kini risau mereka akan kehilangan kerusi DUN mereka melihat sokongan rakyat semakin meningkat ke atas BN.

Pas mula takut dengan kehadiran rakyat Kelantan ke atas kehadiran mereka berjumlah 50,000 orang di majlis Najib.

Menggunakan lidah rasmi Pas, harakah daily, parti Itu mempertikaikan kehadiran rakyat di majlis Perdana Menteri adalah satu paksaan.

Pada majlis di Pasir Puteh seramai 20,000 rakyat yang hadir pada majlis Najib, di Machang jumlahnya mencecah 15,000 orang dan di Kota Bharu juga seramai 15,000 orang menjadikan jumlah keseluruhan adalah 50,000 orang.

Harakah daily mendakwa mampukah Perdana Menteri berbangga dengan kehadiran seperti itu dapat menggugat mereka.

Hakikatnya, kehadiran rakyat dalam pakaian serba merah bukanlah satu paksaan, Bak kata Perdana Menteri adalah mustahil untuk mengumpul sebegitu ramai rakyat Kelantan untuk hadir pada majlisnya di negeri yang 21 tahun diperintah Pas.

Jika dipaksa pun jumlah itu adalah mustahil kerana rakyat Kelantan sememangnya terkenal dengan berpegang kepada prinsip mereka dan akan memulaukan majlis Najib jika mereka tidak bersetuju kepada BN.

Bukti itu boleh dilihat apabila 21 tahun rakyat Kelantan memberikan mandat kepada Pas.

Maka kehadiran 50,000 pada majlis Najib terbukti bukanlah satu paksaan dan kesemuanya datang dengan rela hati kerana bosan dengan kepimpinan Pas, yang tidak menjaga kebajikan rakyat.

Harakah daily cuba memanipulasikan fakta kononnya yang hadir hanyalah penjawat awam, sedangkan pada majlis di Pasir Puteh dan Machang kebanyakkan mereka adalah golongan rakyat biasa terdiri dari petani dan peneroka, warga emas, kaum wanita, dan lelaki muda.

Harakah mendakwa buktinya semua kakitangan pusat dan guru-guru diberi kad jemputan supaya hadir pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman.

Persoalannya ianya hanyalah kad jemputan dan bukan kad merit atau punch card, maka kad itu memberikan pilihan sama ada kakitangan awam ingin pergi atau tidak.