Tukar Tuntut 22 Janji Pas
February 23 | Posted by khabarkotabharu | FEBRUARI 2012 | 103 views Tags: Barisan, barisan nasional, bharu, BN, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh, fatmi, islam, kelantan, kerajaan pas kelantan, kerajaan pusat, ketua pergerakan pemuda UMNO kota bharu, kota bharu, masalah, Peniaga, PKR, Setiausaha politik perdana menteri, UMNOIRWAN MUHAMMAD
JALAN TENGKU CHIK – Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) tampil menuntut kerajaan Pas Kelantan supaya menunaikan 22 janji yang masih belum ditunaikan sepanjang mentadbir negeri selama 21 tahun lalu.
Pengerusinya, Kamarudin Kasin berkata, janji-janji tersebut terkandung dalam manifesto Pas Kelantan pada beberapa pilihan raya umum sejak tahun 1990 tapi sampai sekarang masih belum tertunai.
“Pada Pilihan Raya Umum 1990, rakyat telah meletakkan harapan begitu tinggi kepada Pas untuk mengubah nasib mereka dan Pas telah membuat 1,001 janji seperti yang terkandung dalam manifesto mereka dalam empat pilihan raya sebelum ini.
“Sebagai rakyat Kelantan, kita menuntut hak yang dijanjikan itu dan kerajaan negeri wajib mengotakannya,” katanya pada sidang akhbar yang dihadiri beberapa ahli NGO di sini.
Antara tuntutan yang dikemukakan ialah, meminta kerajaan Pas Kelantan menyegerakan pembinaan jambatan kedua Kota Bharu-Palekbang, pembayaran bantuan RM100 kepada warga emas, menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur dan menyelesaikan segera masalah air tanpa perlu menunggu sehingga tahun 2027.
Kamarudin berkata, Tukar akan melakukan satu gerakan secara besar-besaran untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya kerajaan Pas masih gagal menunaikan janji-janji tersebut.
–khabar kb
Tags: Barisan, barisan nasional, bharu, BN, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh, fatmi, islam, kelantan, kerajaan pas kelantan, kerajaan pusat, ketua pergerakan pemuda UMNO kota bharu, kota bharu, masalah, Peniaga, PKR, Setiausaha politik perdana menteri, UMNO









