• Home
    • Bukan UMNO, Tapi Pas Toghut – Guru Pondok
  • Akhbar Khabar Kota Bharu
    • Fatmi Alu-Alukan Hasrat Kerajaan Negeri Beri Tanah Kepada Bekas Tentera
  • Topik Hangat
    • Kerajaan BN Sudah Bina 2,384 Rumah Untuk Rakyat Kelantan Termasuk Kota Bharu
    • Pas Halalkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan
    • Pas Gagal Tarbiyah DAP
    • Jawatan Tetap Untuk Guru Kafa
    • Warga KB Nikmati Pembangunan Airport Antarabangsa Mulai September Ini
    • Pembaziran Pas, Bangunan Umno Kota Bharu Terbiar
    • Pemimpin Pas Gentar Kehadiran Rakyat Di Majlis PM
  • Berita dan Topik
    • Jika Benar, Tindakan MTRK Wajar
    • GTP Majukan Rakyat
    • Pas Parti Kelas Tiga
  • Privacy Policy
  • Terms and Conditions

Khabar Kota Bharu

Warga KB Nikmati Pembangunan Airport Antarabangsa Mulai September Ini

Topik Hangat - Tanya Boyd - November 20, 2019

KOTA BHARU – Warga Kota Bharu pasti akan berbangga dengan limpahan nikmat pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disediakan untuk mereka.

Biarpun di bawah kerajaan pimpinan Pas yang dianggap pembangkang, namun keikhlasan BN tetap mendahulukan rakyat Kelantan daripada sentimen politik apabila Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini sedia menawarkan perkhidmatan penerbangan bertaraf antarabangsa setelah projek naiktaraf bernilai RM45.5 juta di lapangan itu siap September depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata perkhidmatan penerbangan antarabangsa itu sesuai dengan pemanjangan baru landasan kapal terbang di lapangan itu daripada 1.98 kilometer kepada 2.4 kilometer bagi membolehkan pendaratan pesawat lebih besar termasuk Airbus A320 dan Boeing 737-800.

“Projek naiktaraf LTSIP yang bermula pada Jun 2010 berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan sehingga kini telah siap sebanyak 99.85 peratus, ianya dijangka siap sepenuhnya menjelang September ini.

“Dengan penaiktarafan LTSIP ini, diharap dapat menambahkan banyak lagi penerbangan ke Kota Bharu dan banyak syarikat penerbangan akan menggunakan LTSIP untuk melaksanakan penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Singapura, kawasan Selatan Thailand dan sebagainya,” katanya.

Menyifatkan terminal LTSIP kini telah memiliki pelbagai kemudahan termasuk pemeriksaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), beliau berkata

perkhidmatan penerbangan antarabangsa yang ditawarkan sesuai dengan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakan LTSIP setiap tahun.

“Pada beberapa tahun kebelakangan ini kita juga nampak kenaikan bilangan penumpang yang dikendalikan LTSIP dan pada tahun lalu jumlah penumpang yang dicatatkan telah pun melebihi satu juta orang.

“Untuk tahun ini saya yakin kita akan capai sekurang-kurangnya 1.1 juta penumpang menggunakan LTSIP ini,” katanya.

 0

Share This Post!

About Author / Tanya Boyd

Previous Post
Next Post

Categories

  • Topik Hangat

Recent Posts

  • Get Oriented with the Primary Function of Your Liver
  • Pemimpin Pas Gentar Kehadiran Rakyat Di Majlis PM
  • Pembaziran Pas, Bangunan Umno Kota Bharu Terbiar
  • Warga KB Nikmati Pembangunan Airport Antarabangsa Mulai September Ini
  • Jawatan Tetap Untuk Guru Kafa
December 2019
M T W T F S S
« Nov    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Recent Posts

  • Get Oriented with the Primary Function of Your Liver
  • Pemimpin Pas Gentar Kehadiran Rakyat Di Majlis PM
  • Pembaziran Pas, Bangunan Umno Kota Bharu Terbiar
  • Warga KB Nikmati Pembangunan Airport Antarabangsa Mulai September Ini
  • Jawatan Tetap Untuk Guru Kafa

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Khabar Kota Bharu 2019, All rights reserved.

Privacy Policy - Terms and Conditions