Kerajaan BN Sudah Bina 2,384 Rumah Untuk Rakyat Kelantan Termasuk Kota Bharu

Topik Hangat

KOTA BAHARU

Dalam tempoh lapan tahun, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah membina 2,384 buah rumah bernilai kira-kira RM16 juta di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kelantan, termasuk di Kota Bharu.

Projek itu dijalankan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

“Tidak berbangkit soal Kerajaan Pusat tidak membina rumah di Kelantan selepas kerajaan Pas mengambil alih negeri ini daripada Barisan Nasional (BN) sejak 1990.setiap rumah yang dibina itu sekurang-kurangnya mengandungi tiga bilik tidur bernilai RM70,000 yang dibina atas tapak tanah milik sendiri,” Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Asas dan Utiliti negeri, Datuk Mohd. Anizam Abdul Rahman, bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menghulurkan peruntukan kepada kerajaan negeri dalam menyediakan projek perumahan di negeri itu sejak 1999.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mengakui keperluan perumahan di Kelantan masih tinggi tetapi gagal dilaksanakan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup.

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), SPNB bercadang membina sebanyak 2,500 unit RMR di seluruh negara pada tahun depan.